Kenyataan Rasmi Panel Shariah ESQ (7 Julai 2010)
Bil 02/ 2010
Petaling Jaya, Julai 7, 2010
KENYATAAN RASMI PANEL SHARIAH ESQ
Barisan Panel Shariah ingin memaklumkan bahawa ESQ Leadership Center telah menubuhkan Panel Shariah bermula September 2009 yang dianggotai oleh 5 panel yang terdiri daripada; Dato’ Mustafa Abdul Rahman (Mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ), Tan Sri Dato’ Abdul Kader Talip (Mantan Mufti Wilayah Persekutuan), Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah Hj Abdul Halim (Mantan Mufti Kedah & Mantan Ketua Hakim Mahkamah Shariah Kedah Darul Aman), Dato’ Hj Nooh Hj Gadot (Mantan Mufti Johor) dan Dr Adnan Mohamed Yusoff (Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ) bagi menasihat, memantau dan menambahbaik isi kandungan dan modul latihan ESQ Training.
Bagi tujuan memberi kefahaman tentang isu yang sedang beredar tentang Warta Kerajaan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, kami dengan penuh tanggungjawab ingin menjelaskan tentang beberapa dakwaan yang meresahkan alumni (peserta yang menghadiri Training ESQ), syarikat-syarikat yang ingin hadir ke Training ESQ dan orang ramai. Antara kronologi selama tiga bulan terakhir selama lebih dua tahun isu yang timbul ini adalah:
* 14 April 2010 – Panel Shariah ESQ bersama dengan Dr Ary Ginanjar, Pengasas ESQ Training telah memberikan penjelasan kepada Majlis Muzakarah Khas Fatwa Kebangsaan atas segala isu yang telah ditimbulkan berhubung dakwaan unsur-unsur pluralisme, liberalisme, mengingkari mukjizat dan lain-lain. Majlis Muzakarah telah mencadangkan supaya keanggotaan panel ditambah seorang lagi dalam bidang Akidah. Keputusan Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan belum dikeluarkan secara rasmi sehingga saat ini.
* ESQ telah mempelawa Tan Sri Dato’ Abdul Kader Talip yang berkelulusan dalam bidang Usuluddin sebagai salah seorang panel shariah sebagaimana cadangan Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan. Tan Sri Dato’ Abdul Kader Talip telah menerima perlantikan sebagai Panel Shariah ESQ pada 16 hb Jun 2010.
* 17 Jun – warta pelaksanaan training ESQ di Wilayah Persekutuan dikeluarkan.
* 19 Jun sehingga sekarang – ESQ menerima desakan mahukan jawapan dari alumni dan syarikat-syarikat yang ingin mengadakan Training ESQ bukan sahaja di Wilayah Persekutuan tetapi dari seluruh negara. Namun ESQ masih menunggu keputusan rasmi Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan. Kerana desakan di negeri-negeri, representatif ESQ telah merujuk kepada Jabatan Mufti negeri masing-masing
* 6 Julai - Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat ESQ boleh diteruskan di Negeri Pulau Pinang
* 7 Julai – Jabatan Mufti Negeri Perak, Negeri Kedah dan Negeri Pahang mengeluarkan surat ESQ boleh diteruskan.
Kami ingin memaklumkan bahawa mengikut undang-undang Malaysia, urusan agama adalah di bawah pentadbiran 14 buah negeri yang mana Sultan-sultan, Raja dan Yang DiPertuan Besar adalah Ketua Agama. Setakat ini Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan tidak menghalang pelaksanaan ESQ Training. Sehingga kini pelaksanaan training ESQ di 13 buah negeri lain berjalan seperti biasa.
Pihak Panel Shariah ESQ juga telah menghadiri dan memantau ESQ Training dari masa ke semasa. Di masa yang sama, pihak panel juga telah melakukan semakan ke atas buku utama ESQ Edisi Bahasa Malaysia. Setelah meneliti dan mengkaji buku dan Training ESQ, Panel Shariah mendapati perkara seperti berikut :
1. Ianya tidak membawa ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam
2. Ianya tidak membawa ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan shariah Islam
3. Ianya tidak mendukung fahaman liberalisme dan fahaman pluralisme yang mengajarkan semua agama adalah sama
Sehingga kini, Panel Shariah ESQ bukan sahaja melakukan semakan ke atas buku ESQ, namun di dalam banyak aktiviti ESQ, Panel Shariah tetap menjadi rujukan, memantau dan menasihati akan perkara-perkara berikut:
* Menasihati pembaikan ke atas slide latihan. Pembaikan telahpun dijalankan secara berperingkat
* Hadir dan memantau perjalanan ESQ Training
* Taklimat dan dialog Panel bersama Pengurusan, jurulatih ESQ, wakil-wakil cawangan ESQ di seluruh negara
* Memberi bimbingan pengisian program TV yang dijalankan (contoh: Kerjasama Halaqah, TV9) dan turut mengisi slot sebagai sumbangan kepada masyarakat
* Taklimat dan dialog dengan alumni ESQ
* Pengisian ilmu dan renungan kepada kakitangan ESQ
Barisan Panel Shariah telah mengikuti perjalanan dan perkembangan ESQ serta melihat sendiri transformasi positif beberapa syarikat dan individu setelah pelaksanaan ESQ Training.
Oleh yang demikian, kami, Barisan Panel Shariah menyokong sepenuhnya perjalanan ESQ Training di seluruh Malaysia dan menyangkal dakwaan penyelewengan dan kesesatan yang dibuat oleh pihak tertentu terhadap aktiviti yang dijalankan oleh ESQ Leadersip Center.
Sila klik di pautan berikut: Kenyataan Rasmi Panel Shariah ESQ Leadership Msia (7 Julai 2010) untuk muat turun dokumen berkaitan.
Renungan ESQ bersama Halaqah Sentuhan Qalbu di TV9
July 6, 2010 by admin
Sila klik di pautan berikut : Poster Halaqah Sentuhan Qalbu 2010 untuk muat turun dokumen berkaitan
Primeworks Studios dan TV9 dengan kerjasama ESQ Leadership Center buat pertama kalinya di kaca televisyen tanahair membawakan rancangan “Halaqah ~ Sentuhan Qalbu”.
Rancangan 13 episod ini berkonsepkan spiritual interaktif, menyentuh 13 permasalahan hidup
dengan penyelesaian berasaskan nilai-nilai Islam, Iman dan Ihsan.
Selama 1 jam, penonton akan bersama panel-panel terkenal dan akan dikendalikan oleh para trainer ESQ Leadership Center yang berwibawa.
Tajuk Dan Tarikh Siaran (Selasa, 10.00 malam)
Dicipta (15/6/10)
Panel : Y.Bhg Dato’ Hj Nooh bin Hj Gadot
Trainer : Sdr. Andi Muhamad Fajar
Pohon Hidup (22/6/2010)
Panel : Y.Bhg S.S.M Tan Sri Dr. Hj Harussani bin Hj Zakaria
Trainer : Sdr. Aminul Rachman Pulungan
Ikon (29/6/2010)
Panel : Y.Bhg Ustaz Badli Shah Alauddin
Trainer : Sdr. Firdaus Djamaris
Kontrak Hidup (6/7/2010)
Panel : Y.Bhg Dr. Fauzi Hamad (UM)
Trainer : Sdr. Rinaldi Agusyana
Dairi Nabi Ibrahim A.S (13/7/2010)
Panel : Y.Bhg Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah B. Hj. Abd Halim
Trainer : Sdr. Andi Muhamad Fajar
Macam Mainan (20/7/2010)
Panel : Y.Bhg Ustaz Hanafi Abdul Malek
Trainer : Sdr. Aminul Rachman Pulungan
Saham Ibubapa (27/7/2010)
Panel : Y.Bhg Dr. Rubiah K Hamzah
Trainer : Sdr. Aminul Rachman Pulungan
Namaku Remaja (3/8/2010)
Panel : Y.Bhg Ustaz Syed Norhisham Al-Idrus
Trainer : Sdr. Arief Rahman Saleh
Ayah dan Ibu (10/8/2010)
Panel : Y.Bhg Dr. Amnah Bohari
Trainer : Sdr. Dudi Supriadi
5 Minit Aje (17/8/2010)
Panel : Y.Bhg Ustaz Roslan Mohamed
Trainer : Sdr. Firdaus Djamaris
Akhir Hayat (24/8/2010)
Panel : Y.Bhg Ustaz Kifli Yasin
(Mufti Sarawak)
Trainer : Sdr. Rinaldi Agusyana
Mengurus Dunia (31/8/2010)
Panel : Y.Bhg Dr. Danial Zainal Abidin
Trainer : Sdr. Aminul Rachman Pulungan
Ketika Pulang (7/9/2010)
Trainer : Dr. Ary Ginanjar Augustian
Maklumbalas Penonton Halaqah Sentuhan Qalbu (HSQ) :
“Halaqah terbaik!! belum pernah ana menonton program yang sehebat ini… inilah yang kita
inginkan dalam program-program TV sekarang… hati dan jiwa mula menggamit keinsafan
dan penyesalan… persoalan yg timbul dalam benak ana, adakah cinta kita sehebat cinta
Baginda S.A.W. kepada umat-umatnya yakni kita? Ya Allah… hinanya hamba… teruskan
usaha yang mulia ini.. Halaqah memang best!” ~ Penonton 1
“Salam.saya tengok Halaqah di kedai makan, lebih kurang ada 150++ pelanggan…ada 2
family menitis air mata, yang muda-mudi terdiam seketika. Yang pakcik-pakcik berhenti
bersembang. Sekarang ini mereka masih berbual-bual tentang Sentuhan Qalbu tadi.”
~ Penonton 2
“Seusia 40 tahun first time tengok rancangan TV di Malaysia yang membawa kepada kesedaran
Qalbu…” ~ Penonton 3
“Terima kasih HSQ…. pertama kali saya melihat suami menitis air mata…, semasa mendengar
segmen SPIRITUAL…boleh saya tahu tajuk lagu yang dinyanyikn dalam segmen tersebut…
saya ingin perdengarkan kepada anak-anak saya…” ~ Penonton 4
“Sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dipertontonkan
kepada anak-anak remaja sekarang demi memberi kesedaran kepada mereka yang hanyut
entah ke mana hala tuju..” ~ Penonton 5
“Alhamdulillah, semoga HSQ dapat mengembalikan umat Islam ke landasan yang
sebenarnya, berteraskan Al-Quran & As-Sunnah..InsyaAllah. Tahniah TV9 kerana
membawakan HSQ supaya dekat di hati setiap insan yang menyaksikannya. Yang penting,
mesej yang dibawa dapat menjana perubahan dalam diri kita menjadi insan yang
Rabbani.” ~ Penonton 6
*SAKSIKAN SAJIAN SPIRITUAL YANG MENSINERGIKAN GABUNGAN
ULAMAK, PAKAR MOTIVASI & TRAINER ESQ.
“Syukur Alhamdulillah siaran HSQ telah memberi cahaya keinsafan yang halus, jauh
ke lubuk hati jika dihayati sepenuh hati. Ianya sudah cukup untuk menjadikan kita
hamba yang mensyukuri. TAHNIAH HSQ! Teruskan usaha murni anda.”
Ridzuan Maidin
(Malaysia) Kenyataan Rasmi ESQ
July 6, 2010 by admin
Pada waktu ini para kakitangan kami di ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) mendapat banyak pertanyaan dari para alumni ESQ serta orang ramai di seluruh Negara tentang beberapa isu berkaitan dengan status pelaksanaan ESQ Training di Malaysia.
Kami dengan ini ingin memaklumkan bahawa ESQ Training berjalan seperti biasa di semua 13 buah negeri di seluruh Negara kecuali di Wilayah Persekutuan. Pada 17hb Jun YBSS Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan warta Kerajaan bilangan P.U. (B) 276 yang hanya terhad untuk Wilayah Persekutuan sahaja. Buat masa ini kami masih menunggu keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung status pelaksanaan ESQ Training.
Latihan ESQ dan program-program kerjasama ESQ di semua negeri lain berjalan seperti biasa. Kami juga terus menyokong program anjuran Jabatan-jabatan Mufti seperti baru-baru ini di program Seminar Falak di Pulau Pinang di bawah anjuran Jabatan Mufti, program prihatin di bawah Corporate Social Responsibility (CSR), ESQ Training Remaja bersama-sama anak yatim di Negeri Perak dan yang sedang berlangsung selama 13 minggu (bermula 15 Jun 2010) adalah kerjasama ESQ bersama dengan TV9, ”Halaqah Sentuhan Qalbu”. Melalui program kerjasama ini, gabungan para ulamak, pakar motivasi di negara ini dan jurulatih ESQ telah membawa satu sinergi baru di dalam usaha membantu transformasi karakter masyarakat di negara ini.
ESQ telah ditubuhkan di Malaysia sejak 18 September 2006 sebagai sebuah syarikat yang menjalankan latihan modal insan menggunakan Model Pembentukan Karakter, The ESQ Way 165. Ia diasaskan oleh Dr Ary Ginanjar Agustian , Penulis Buku “ESQ Power” dan Pengasas ESQ Training. ESQ terus komited melaksanakan pengukuhan dalaman dengan melancarkan program kualiti, syarikat patuh syariah, MS 1900:2005. Seiring dengan komitmen kualiti mengikut piawaian Malaysia ini, ESQ telah menubuhkan Panel Syariah dan Akidah mulai September 2009 yang pada waktu ini dianggotai oleh:
1. Dato’ Mustafa Abdul Rahman, Mantan Ketua Pengarah Jakim. Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun di dalam mengendalikan urusan agama. Dato’ Mustafa adalah Pengerusi Panel Shariah dan Akidah ESQ
2. Tan Sri Abdul Kader Talip yang merupakan Mantan Mufti Wilayah Persekutuan mempunyai selama 38 tahun di dalam mengendalikan urusan berkaitan agama
3. Dato’ Paduka Sheikh Hasbullah Sheikh Abdul Halim yang merupakan Mantan Mufti Kedah mempunyai pengalaman selama 39 tahun di dalam kehakiman syarie dan urusan agama
4. Dato’ Hj Nooh Hj Gadot, Mantan Mufti Johor berpengalaman selama hampir 40 tahun di dalam urusan agama
5. Dr Adnan Mohd Yusoff , Dekan Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia
Modul pembinaan insan, The ESQ Way 165 ini telah diuji kesannya ke atas transformasi karakter diri bukan sahaja di Malaysia dan Indonesia, tetapi juga di benua-benua lain di Eropah dan Negara-negara seperti di Amerika, Australia, Jepun dan Madinah. ESQ mendapati, hasil pengalaman dan penilaian melaksanakan latihan ke atas hampir sejuta orang di seluruh dunia, perubahan atau transformasi diri yang hakiki hanya boleh berlaku apabila dihubungkan dengan Allah SWT, Yang Maha Pencipta. Justeru itulah modul ESQ Leadership Training menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai rujukan utama. ESQ komited melakukan pembaikan berterusan bagi melahirkan pakej latihan pembangunan insan yang menyajikan penyelesaian holistik dan Islamik yang merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah bagi menangani krisis kehidupan hari ini.
Gabungan kepakaran dari Indonesia dan Malaysia di dalam bidang pembangunan insan ini diharapkan dapat membentuk sebuah packaging latihan milik nusantara yang boleh bersaing di peringkat global. Sebagai makluman tambahan kepada para alumni yang belum mendapat informasi tentang pengiktirafan badan-badan Islam di Indonesia, maka sukacita dimaklumkan bahawa di Indonesia, ESQ telah mendapat sokongan daripada organisasi-organisasi Islam seperti Majelis Ulama Indonesia, Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Ikatan Cendekiawan Muslim Se-Indonesia, Nahdlatul Ulama dan Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia bahawa ESQ tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Seramai 8 orang Mufti dan Timbalan Mufti dari 8 Negeri telah menghadiri training ini dan telah memberikan respon yang positif tentang ESQ.
ESQ sentiasa bersikap terbuka dan mengalu-alukan sebarang pandangan dan komen terutamanya dari ulamak dan cendikiawan Islam berhubung kursus ESQ bagi penambahbaikan untuk manafaat ummah. ESQ bersama dengan barisan panel Syariah dan Akidahnya akan menjelaskan sekiranya ada kekeliruan yang timbul dari masa ke semasa.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan Panel Syariah dan Akidah ESQ :
1. YBhg. Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah Haji Abdul Halim (Mantan Mufti Kedah) – 012 429 1789
2. YBhg. Dato’ Hj Nooh bin Hj Gadot (Mantan Mufti Johor) – 019 770 4251
Atau pihak pengurusan ESQ:
1. Marhaini Yusoff, Pengurus Besar – 013 359 3165 (e-mail: marhaini_165@yahoo.com)
2. Mohamed Razib Abu Bakar, Timbalan Pengerusi – 019 222 5222 (e-mail: esqrazib@yahoo.com)
- Tamat -
Sila klik link berikut : KENYATAAN RASMI 1-2010 BERTARIKH 5HB. JULAI 2010 untuk muat turun fail.
ESQ Ke Arah Syarikat Patuh Shariah ISO MS 1900:2005
July 6, 2010 by admin
Dari kiri : YBhg Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah bin Hj Abd Halim, YBhg Tan Sri Dato’ Abdul Kader bin Talip, YBhg Dato’ Hj Mustafa bin Abdul Rahman, YBhg Dato’ Hj Nooh bin Hj Gadot dan YBhg Dr. Adnan bin Mohamed Yusoff.
ESQ Leadership Center Sdn Bhd adalah sebuah syarikat latihan pembinaan modal insan berteraskan kepimpinan yang bertujuan membangun nilai moral dan karakter manusia melalui penggabungan 3 pontensi manusia iaitu kecerdasan intelektual, emosional dan spiritual. Selama ini, ketiga potensi tersebut adalah terpisah dan tidak digunakan secara optimum untuk membangun modal insan manusia. Akibatnya, terjadi krisis moral dan split personality yang akhirnya mengakibatkan penurunan terhadap kualiti pekerjaan dan kehidupan manusia. Keadaan akan bertambah buruk lagi apabila manusia lebih cenderung ke arah kehilangan makna hidup dan jati dirinya yang sebenar.
Justeru, ESQ Training menjawab segala persoalan tersebut apabila menggunakan kaedah kejuruteraan spiritual yang komprehensif dalam mengupas segala permasalahan yang berlaku. Melalui ESQ Training, ketiga potensi manusia dirungkai kembali sehingga melahirkan kecerdasan secara menyeluruh dan seterusnya meningkatkan produktiviti. Sekaligus melahirkan kehidupan yang penuh makna dan bahagia.
ESQ Training yang telah bermula pada tahun 2000 ditransformasikan daripada buku Best Seller, ESQ dan ESQ Power tulisan Dr. Ary Ginanjar Agustian (Tokoh Perubahan Republika 2005). Modal Latihan yang dikenali sebagai “The ESQ Way 165” ini telah dihadiri lebih 800 ribu peserta di seluruh dunia seperti Singapura, Brunei Darus salam, Australia, Belanda, Amerika Syarikat dan juga telah mula menebarkan sayapnya di bumi Madinah. Sehingga kini, seramai lebih 65 ribu peserta telah menyertai latihan ini di Malaysia.
Setelah lebih 4 tahun beroperasi di Malaysia, ESQ LEADERSHIP CENTER SDN BHD telah mengorak langkah ke arah mencapai status syarikat patuh ke arah mencapai status syarikat patuh Shariah di dalam Sistem Pengurusan Kualiti (ISO MS 1900:2005 SHARIAH COMPLIANCE QUALITY MANAGEMENT SYSTEM). Matlamat piawaian ISO MS 1900 ini adalah untuk memastikan syarikat ini diuruskan selaras dengan penerimaan nilai universal seperti adil, amanah, ikhlas, benar, ketepatan masa dan disiplin, dan mengenalpasti aspek halal haram di dalam semua proses penyampaian perkhidmatan dan produk, disampaikan dan dilaksanakan secara berkesan oleh semua kakitangan syarikat.
Piawaian ini mewajibkan pihak ESQ Leadership Centre Sdn Bhd untuk mengambil langkah menubuhkan Panel Shariah dan Akidah untuk menasihat, memantau dan menambahbaik modul latihan The ESQ Way 165. Panel Shariah dan Akidah terdiri daripada :
1. YBhg Dato’ Hj Mustafa bin Abdul Rahman (Pengerusi Ahli Panel, Mantan Ketua Pengarah JAKIM)
2. YBhg Tan Sri Dato’ Abdul Kader bin Talip (Mantan Mufti Wilayah Persekutuan)
3. YBhg Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah bin Hj Abd Halim (Mantan Mufti Kedah)
4. YBhg Dato’ Hj Nooh bin Hj Gadot (Mantan Mufti Johor)
5. YBhg Dr. Adnan bin Mohamed Yusoff (Dekan Fakulti Pengajian Qur’an & Sunnah, USIM)
Pihak Panel Shariah dan Akidah juga bertanggungjawab untuk memastikan setiap bahan komunikasi keluaran ESQ menepati kehendak Shariah Islam dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Panel Shariah dan Akidah juga memantau bahan-bahan latihan dan buku-buku ESQ agar selaras dengan ajaran dari Al-Quran dan As-Sunnah.
Halaqah Sentuhan Qalbu #2
June 22, 2010 by admin
“Jadilah seperti pohon Tauhid yang segar & hidup subur dengan mengenali Ehsan,Iman & Islam sbg nilai pencerahan rohani, seperti yang diajarkan Malaikat Jibrail a.s kepada Rasulullah s.a.w.”
Saksikan program Halaqah Sentuhan Qalbu (HSQ) dgn tajuk “Pohon Hidup” bersama panelis jemputan Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, dan Jurulatih Kecerdasan Emosi dan Spiritual, Saudara Aminul Rachman Pulungan.
Jangan lupa temujanji kita malam ini pada jam 10-11 mlm d TV9.
Montage Video HSQ
http://www.facebook.com/pages/Halaqah-Sentuhan-Qalbu/132382260105324
Video promo Ep. 2 HSQ
http://www.facebook.com/video/video.php?v=400708776785